A S S A L A M U A L A I K U M
memandangkan dah lebih tengah malam , so bermaksud harini telah masuk 9ogos . alhamdulillah . pejam celik pejam celik , dah 19 hari kita umat islam berpuasa ye . harini masuk yang ke 20 . begitu cepat rasanya masa berlalu . sebelum aku teruskan dengan entry aku yang bertajuk IFTAR , aku nak mengambil kesempatan ni untuk ucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAH TERCINTA YANG KE-47 pada 7ogos lepas . semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki . kami semua sayangkan abah & mama sangat-sangat . tapi , sambutan hari lahir abah haritu tak berapa nak gembira sebabnya , adik lelaki aku tak ada . dia dah balik asrama semalamnya . so , dia tak dapat join . tapi aku tahu , even dari jauh , dia tetap ingat birthday abah and sentiasa doakan abah . kan ayul .

inilah antara juadah berbuka kami .
kek aiskrim : atas permintaan dikman , hadiah untuk abah .
pizza hut : abah yang belanja .
okay . berbalik pada tajuk . sabtu lepas , family besar atuk abu yamin telah datang untuk iftar di teratak roszili . teratak gitu . hahaha . memang the best iftar ever . seronok dan happening sangat . semua family datang but macam biasa lah family pak long tak ada . abang ijul kata macam iftar kat hotel 5bintang . bukan sebab apa , sebab makanannya terlalu lah banyak dan menyelerakan . mama je dah buat carbonara , ayam masak merah dan sup tulang . belum lagi dengan mama ita , ibu , acik linda , acik ali dan semua acik-acik aku yang rajin belaka tu . memang penuh meja makan tu . dah la buat ala-ala buffet . pening juga nak memilih makanan . bila time nak berbuka tu , ada yang risau makanan tak habis , takut membazir . tapi kalau dah nama pun family atuk abu yamin , jangan risau . segala dinosaur , pirana ,gergasi semua ada yang bertanggungjawab untuk habiskan segala makanan yang ada . hahaha . lepas habis terawih , memang habis licin semua makanan . alhamdulillah . tidak berlaku pembaziran . sorry . tak dapat nak share gambar family besar aku memandangkan aku tertekan DELETE dekat folder family . urgh ! rasa macam " EH , APA AKU DAH BUAT NI ! " 
then , tiba-tiba teringat time iftar dekat palam dulu . wah ! seriously . aku rindukan saat itu . time tu cukup kuota family D1 . nazirul ada , sue ada . kalau lah masa boleh di ulang kembali . tapi , tak mungkin lah kan . itu semua akan kekal jadi kenangan terindah buat aku . even , sebelum waktu berbuka tu , kitorang dapat tahu yang D5 pun buat iftar , masing-masing bising dan salahkan aku kononnya aku yang bagitahu zhafri . aku pun macam " bila pulak aku bagitahu dia ? merajuk kang "
hahaha . tak ada maknanya aku nak merajuk-merajuk ni . jom tengok beberapa gambar time iftar tu .

antara juadah berbuka kami .

gambar kenangan .
nazirul yang dibuli .
sue yang free hair .
alhamdulillah . zati & aidil telah selamat pergi dan sampai di indon untuk future study mereka . so, salam sayang dari aku , raihan yang comel panggilan dari zati & anissa panggilan satu-satunya dari aidil . jaga diri baik-baik di negeri orang . goodluck in your future life . jangan lupakan kitorang . aku sayangkan korang . with love .
p/s : aku jeles dengan zati sebab alip sanggup call dia yang jauh dan mahal semata-mata nak tahu keadaan zati . auww . so sweet both of you . lots of love everyday . aku sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua .
SELAMAT MALAM !
SELAMAT BERSAHUR ESOK !
No comments:
Post a Comment