A S S A L A M U A L A I K U M
tiap kali on lappy , aku pasti akan ternampak gambar D1 kat PD sebabnya aku buat slide show untuk gambar-gambar tu . so , harini aku nak share sikit tentang percutian D1 di PD . pada 18 & 19 feb 2012 , D1 telah melakar satu pengalaman paling indah dan best sepanjang aku berada kat asasi ni . kitorang telah pergi bercuti ke PORT DICKSON di bawah pengawasan madam yang kiut lagi miut tu , MADAM AISYAH . even orang pandang kelas kita semacam sebab just buat trip ke PD tapi kita semua dapat berseronok dan release segala tension kat sana kan.
AMARAN : ENTRY INI SANGAT PANJANG . KALAU MALAS NAK BACA , BOLEH KELUAR SEKARANG .
BEFORE THE DAY - 17FEB2012
lepas habis solat jumaat , aku and beberapa lagi classmates pergi ke puncak alam 2 untuk beli ayam dan barang-barang yang nak dibawa ke pd . gerak lebih kurang pukul 3petang and sampai palam balik lebih kurang pukul 6 . terus ke angsana , and sampai bilik balik pukul 12tengahmalam sebab semuanya bertungkus lumus untuk perap ayam and sediakan bahan-bahan untuk buat coeslaw .
1st DAY - 18FEB2012
7.30pagi - berkumpul di angsana . tolong-tolong angkat barang semua letak kat bustop .
8.30pagi - bertolak ke pd . kitorang gerak agak lambat sebabnya menunggu "BABY & MR HOT" kelas D1 . haha .
inilah mereka . haha . alip & aidil .
okay . selamat tinggal palam . welcome pd . haha .
aku rasa aku nampak comel kat pic ni . haha . #sila abaikan.
9.30pagi - berhenti sebentar kat R&R sebabnya pakcik tu nak sarapan . kitorang pun turun untuk ambil angin kat luar .

sempat snap pic ni . madam and her princess . cute sgt kan . macam baby doll . =D
10.30pagi - selamat sampai di GOLDEN STRAITS VILLAS , PORT DICKSON .
madam aisyah and her family . =)
taken by aidil . thanks weyh . cute pic ni . haha . =P
mereka mandi .
12.00tgh hari - time to check in . rehatkan badan . aktiviti seterusnya akan start petang . so, kitorang gunakan masa yang ada untuk tidur. aku tak tidur pun . aku teman shikin layan cerita hindustan . haha .
4.00ptg - bersemangat turun ke pantai . haha . sukaneka dijalankan petang tu . antara gamenya teka lukisan yang macam dalam RunningMan tu , cari gula-gula dalam tepung , tarik tali and belon air.
game teka lukisan .
game cari gula-gula dalam tepung .
game tarik tali .
game belon air .
lastly , kitorang naik banana boat .
thanks to abg tu sebab suruh adham ikut kitorang . kalau tak , aku taktau ape jadi . so , special thanks to you adham . thanks tolong aku . haha . --'
6.30ptg - bergerak ke bilik untuk bersihkan diri .
8.00mlm - BBQ time . kitorang bakar ayam yang kitorang dah peram semalam . thank God ayam tu sedap gila . aku rasa lebih dari 4ketul ayam aku ambil . haha . and , coeslaw yang dibuat khas dengan air tangan pelajar perempuan D1 . hihi . =P
kek yang madam belikan khas untuk kitorang . thanks madam . sedap sangat . =D
tanpa dirancang , tiba-tiba classmates aku ajak main game TRUTH OR DARE . semua orang wajib main . tiada yang terkecuali termasuklah madam dan suami dia . haha . kebanyakan boys pilih DARE . konon berani sangat la tu . haha . tapi semua boys memang sporting . ikut je apa orang suruh .
girls pula semua pilih TRUTH disebabkan takut yang lelaki akan balas dendam and nak control ayu takut boys suruh buat bukan-bukan . haha . soalan yang ditujukan oleh ayu pada aku agakla menusuk . haha . dan jawapan yang keluar dari mulut aku telah menyebabkan seorang boy dalam kelas tu sentap maybe . huhu . sorry weh . kau tahu aku tak berniat cakap macam tu kan . kitorang semua tetapkan syarat yang apa saja yang terjadi malam ni , last malam ni gak . esok dan hari seterusnya just lupakan benda ni . so , tak ada yang touching dan ambil serius .
12tghmlm - balik bilik untuk tidur . esok perlukan tenaga yang lebih .
2nd DAY - 19FEB2012
7.30pagi - kitorang bersiap untuk breakfast . but , makanannya tak berapa menyelerakan . huhu . harap maaf . btw , alhamdulillah . yang penting dapat mengisi perut yang lapar . game seterusnya ialah MATH GAME sama gak macam dalam RUNNINGMAN episod berapa entah aku tak ingat yang penting ada CHOI SI WON . amboi ! guestnya ingat ye . haha . game ni start sebaik sahaja kitorang lepas breakfast & ahli kumpulan semua dah cukup .
ketika sesi soal jawab .
RED WARRIOR sangat semangat kali ni . aku yang lari tak berapa nak laju pun boleh jadi lari laju gara-gara di kejar oleh lovebirds . haha . siap main curi-curi lagi . mana tak nya , tengok la heronya , sangat kuat dan sasa . eh ? haha . group kitorang selesai dulu tapi tak dapat nak selesaikan operasi untuk jadikan jawapannya 1 . so , kalah . group yang menang dapat teruskan ke game seterusnya iaitu HIDE AND SEEK .
last game perlukan persediaan mental . antara game nya , sandwish cili padi , telur mentah & jus limau .
bila main game , mesti nak ada pemenang kan . but , kitorang tak ambil kisah sangat pun pasal hadiah tu sebab semua tetap akan dapat hadiah . lepas dah penat main . kitorang decide untuk mandi-mandi kat swimming pool . even semuanya dah tua bangka , opps ! haha . tapi bila masuk dalam swimming pool , semuanya mengalahkan budak-budak . siap main gelongsor yang ada . haha .
10.30pagi - masuk bilik dan siap-siap untuk check out .
2.00petang - bas uitm pun sampai . tapi ada something yang berlaku menyebabkan D1 bengang gila-gila . apa jadi tu , biarlah rahsia .
yang penting , 2 hari kitorang lalui sama-sama memang cukup seronok . aku takkan pernah lupa hari ni .
No comments:
Post a Comment