surprise

A S S A L A M U A L A I K U M

esok merupakan hari ISNIN terakhir aku di PALAM. perasaan??? hmmm. bercampur baur. rase nak balik cepat sangat pon ade sebab, aku rindu rumah. SERIOUSLY..!!! kali terakhir aku menjejakkan kaki di TERATAK ROSZILI tu pada cuti raya cina haritu. cube bayangkan. tu bulan 1, sekarang dah bulan 3. omaigad. i miss my home damn much. abah, plizz jangan ubah suai rumah tu lagi. rumah kita dah cukup luas & selesa untuk semua abah. jangan usik bilik akak. huhu. mama aku cakap, abah nak pecahkan bilik aku untuk besarkan lagi hall kitorang. okayy pelik. aku rase hall tu dah cukup besar. nak main futsal pon boleh. errrr. haha. tu hiperbola je okayy. =.='

okayy. sambung. dalam rase tak sabar nak balik & menamatkan tanggungjawab aku sebagai assasians kat sini, aku jugak rase sedih. aku akan rindukan PALAM. sangatsangat. aku pasti akan rindukan tangge kejayaan yang aku rase membuatkan badan aku makin sihat. tapi pelik. orang lain naik tangge, berat turun. aku? haha. berat bertambah. cakap je la bila masenye aku tak mengunyah. aku rase time tidur je. mane la tak makin berat. huh! aku juga PASTI dan PASTI dan PASTI akan rindu sangatsangat dekat family D1. serius. aku pasti akan rindukan korang semua. aku takut time degree nanti aku takkan dapat kelas yang happening macam ni. aku takut aku takkan jumpe lagi kawan yang kecoh macam adham. aku takut aku takkan jumpe lagi kawan yang perasan comel macam alip. aku takut aku takkan jumpe kawan yang sanggup ikut ke mane aku nak pergi macam miza. aku takut. macammacam. semuanya aku takut. huhu.

okayy. aku rase aku terOVER la pulak. haha. tajuk aku kan pasal surprise. ape yang surprise nye? okayy. harini, mama buat surprise kat aku. haritu, katenye tak boleh datang jenguk aku harini. tapi tadi, aku dapat call, mama dah ade kat depan R1. serius? dan bukan aku je terkejut, mama abah pon terkejut jugak. sebab ape? sebabnye, aku baru bangun. haha. anak dara macam ape aku ni kan. eh kejap. sebelum tu, aku tidur lambat okayy. mane taknye pukul 9.30 baru bangun. huhu. & thanks so much abah sebab bawak ayul sekali. serius aku cakap, aku tak pernah rindukan adik aku yang sorang tu sampai macam ni sekali. aku rindu kat die sangatsangat. sampai termimpi mimpi. sampai nangisnangis. okayy. malu kejap. hehe. >.< tapi bila jumpe, tak pulak aku tunjuk depan die. apela kan. haha. aku nak peluk die tadi, tapi  aku takut die pelik, so, aku peluk camtu jela. lepas gak rindu. ayul belajar rajinrajin tau. physics tu memang susah, tapi akak tak boleh tolong. addmath je akak boleh tolong. hee. ^_^

nota kaki : esok exam bio. okayy seram. :O seumur hidup aku amik bio ni, tak pernahnye aku dapat A walaupun sekali. sedihkan. nak kate tak bace, aku bace. hmm. entahlah. takde rezeki la tu namenye. takpela. tapi aku tetap akan cuba gak sedaya yang aku mampu untuk dapatkan result yang lebih bagus dari sem lepas. sebabnye, aku rase ni la kali terakhir aku amek bio. aku taknak belajar bio lagi. hehe. teruk betul perangai. =.=' doakan kami semua dapat result yang boleh banggakan parents kami ye. amin. thankyou. ^_^
 
eh??? kali ni takde sebut pasal mrF pon. takpe2. entry lepas ni aku akan cerita tentang mrF. tunggu ye awak. hehe.

No comments: