A S S A L A M U A L A I K U M
morning! haritu aku ada janji nak tulis entry aku ke klcc tu kan, so jom kita mulakan perjalanan. hihi. #ape aku merepek ni. --' penat pergi times square dengan miza, nana n sue tak hilang lagi, dah nak pergi klcc. huhu. pagi tu aku bangun agak awal, pukul 6.15. then, mandi, solat n siapsiap untuk pergi. perghhh! awal kan. aku keluar bilik tu, kat luar maseh gelap lagi. then, kitorang gerak dari palam naik bas dalam pukul 7.15. sampai seksyen 2, naik pulak bas untuk ke kl sentral. kat situ, belibeli roti jap untuk alas perut yang lapar sebab tak sempat sarapan kat bilik. lepas tu, naik LRT terus sampai KLCC. kitorang sampai situ awal, dalam pukul 9 pagi. kedai pun banyak tak bukak lagi. so, kitorang decide untuk jalanjalan dekat taman yang ada kat KLCC. sambilsambil tu apa lagi, memang snapsnap la jawabnya. tapi sorry. gambar dekat classmate aku n die tak upload lagi. kitoang pergi 10 orang. 8 perempuan, 2 lelaki. bak kata fik, sorang laki ambil 4 orang perempuan sebagai isteri. eeeiiwwww. sorry. aku taknak. haha.
then,dalam pukul 10 lebih kitorang masuk la petrosains tu. tak banyak yang berubah kat situ. masih sama. aku ingat lagi, kali terakhir aku pergi situ time rombongan sekolah rendah. haha. punye la lama dah aku tak pergi. thank god, kitorang dapat murah sikit sebab ada kad matrik. kalau tak, huh! memang taknak masuk. kat dalam tu la first time aku tengok cerita guna 3D. tapi....... alhamdulillah, aku selesa gunakan je mata yang dianugerahkan Allah ni. aku tak suka pakai spek yang disediakan tu. pening woo. tak selesa betul. apa yang bestnya cuma kita rasa benda yang kita tengok tu real, tu je. huhu.
dalam pukul 1 lebih, kitorang keluar dari situ. tapi malangnya, barang berharga aku hilang. haaa?? yup! hilang. tak semenamena aku nangis depan fik. perghhh! malu gila la. taktau la nape aku boleh jadi sensitif sangat time tu. huhu. and disebabkan tu jugak la aku tak beli pape kat kinokuniya. tapi nak buat macam mana kan, benda dah jadi, biar je la. lepas tu pergi makan kat food court. aku beli kebab je sebab aku taktau nak makan apa. harga kebab tu pon boleh tahan mahalnya. naseb baik sedap. huhu.
lepas solat zuhur kat situ, fik ajak pergi times square. die kesian kat aku. haha. die cakap, biar aku dapat beli barang tu lagi kat situ. hehe. thanks fik. kau memang class rep yang baik. so, kitorang naik LRT ke kl sentral. then, naik monorail ke times square. kat situ, aku beli lagi barang tu. hee. tapi, takde yang sama and aku takde pilihan lain sebab barang tu tinggal 1. huhu. kitorang jalanjalan kejap, solat asar and balik. sampai pkns dalam pukul 6 tapi bas takde sampai la pukul 9. punye la sedih. dah la penat. bas pulak takde. haisshh! kitorang pergi naik first bas balik pulak naik last bas. elok sangat la tu. bape jam dah aku jalan haritu. huhu. balik je sakitsakit kaki. padan muka. haha. tapi, even penat aku rasa seronok sangat dapat hangout dengan dorang. korang memang best la.






tu miza, aku and diyana di petrosains. ^_^

aku di vivo. haha. jangan tengok lama2. aku tumit nanti karang. hihi. #ni perasan namenye. sila muntah sekarang. --'
thanks for reading. do visit my blog again later okayy. love uols. ^_^

No comments:
Post a Comment