kahwin awal

A S S A L A M U A L A I K U M

tajuk aku ni macam menarik kan? haha. before that, aku nak cerita apa yang berlaku harini selepas 4 hari bercuti. as usual, classmate aku semuanya best, sporting. sumpah aku takkan bosan bila ade dengan D1. tak lokek dengan gelak tawa. haha. D1 ni boleh dikire antare group yang paling bising dan annoyed dalam lecture hall. haha. aku mewakili D1 mintak maaf ye kat semua group yang terpakse tahan dengan kerenah D1. huhu. and harini aku terpakse pilih antara MIZA & SHIKIN atau AIDIL & ALIF. kenape? sebabnya duadua group ni nak aku masuk dalam group dorang. haishhh! pilihan yang agak sukar okayy. MIZA & SHIKIN ni memang kawan aku dalam class. AIDIL & ALIF ni pulak antare mamat yang selalu beborak dengan aku. dari tadi aku fikir, tak tahu nak masuk group mana? tapi secare tak rasminya aku dikire group dengan miza. hmmm. duadua aku tak pilih nanti tahu la. hehe. #bajet hot kan. menyampah aku. haha.

okayy. berbalik pada tajuk asal, aku dapat tahu yang kawan aku sudah bertunang and akan melangsungkan perkahwinannya insyaallah 2 tahun lagi. yang peliknya, bila aku tahu tu, aku rase jeles pulak. haha. sengal en. aku rasa aku pun nak bertunang gak. abah mama bagi tak rasenye? haha. tapi fikirfikir balik, takdela dalam masa terdekat ni. gila ke apa aku ni. mrF pun baru je habes sekolah. memang merepek sangat kan. lain la kalau aku nak orang yang 5 tahun lagi tua dari aku, tu bolehla. tapi aku harap jodoh aku dengan mrF. tak kisah la bape lame aku kene tunggu dia. ecehhh! hihi. ^_^

tak salahkan kahwin awal ni sebenarnya. sape setuju dengan aku, kenyit mata sekali. haha. yela. bagi aku, boleh elak bende bukanbukan jadi ye tak. especially pada orang yang dah tak saborsabor dah tu. bukan aku ye. huhu. aku waras lagi weyh. cuma yang payahnye, korang dah ade tanggungjwab terhadap pasangan & ahli keluarga masingmasing. selain tu, kalau kahwin, mesti ada masalah pasal anak especially for those yang tengah study kan. ni memang masalah besar. so, pada sesiapa yang nak kahwin awal tu, fikirfikirkan lah ye. tak pun, korang nikah khitbah je. huhu.

k la. itu saja untuk kali ni. terima kasih kerana sudi baca apa yang aku merepekkan. hihi.

nota kaki : result chemist & physics dah keluar. alhamdulillah. :)


No comments: