genting highlands

A S S A L A M U A L A I K U M

hai korang. aku demam. minta simpati ni. #haha. lempang. --' malam ni, aku rasa macam nak share pengalaman pertama aku ke genting highlands. even dah dekat sebulan yang lepas aku pergi, apa aku kisah. aku nak cerita juga. haha. sebenarnya aku pergi genting ni ikut trip class aku. tapi, memandangkan time tu tengah final exam, kitorang decide pun dah last minit. so, yang boleh pergi memang berapa kerat je. and pada awalnya, trip kitorang ni di cancel kan. then, disebabkan ada beberapa desakan dan rayuan, trip tu tetap diteruskan even yang ikut cuma 6 orang. 6 orang??? yup! 6 orang. haha. 2 boys and 4 girls. sebelum korang teruskan baca entry aku ni, aku ada amaran nak buat.

AMARAN : ENTRY NI SANGAT PANJANG. KALAU MALAS NAK BACA, BOLEH LA KELUAR SEKARANG. HUHU.

last paper ialah PHY094 pada 3 okt. kitorang pergi keesokan harinya 4 okt. gila tak gila kan. haha. kitorang gerak dari palam lebih kurang pukul 11.00 pagi. sampai kl sentral kitorang lunch dulu lepas tu solat. kitorang bertolak pukul 2.30 petang. sampai sana da petang. tak ingatla pukul berapa. lepas check in dekat first world, lepaklepak je dalam bilik. borakborak. tengok tv. yang lelakinya tidur kot. senyap aje. bilik dorang sebelah bilik kitorang. 

pukul 9.00 malam, kitorang pergi dinner kat mcd. then, cucicuci mata je. ingat nak main yang indoor punya tapi mahal. so, tak jadi. lepas tu, ingat nak tengok movie midnight pukul 1.30 pagi, tapi tak ada cerita best. daripada membazir duit, kitorang decide tengok movie dalam bilik je la. siap beli maggi cup lagi. haha. girls tengok orphan. boys tengok johnny english. cerita orphan tu memang tak boleh bla. korang tengok la. aku syorkan. promote ni.

esok pagi nya lepas breakfast, packing barang, check out, then kitorang main outdoor. best gila. hilang stress exam semua. roller coaster dia tak puas, kejap aje. huhu. aku nak try naik yang tiang tinggi tu. tapi benda tu tengah under construction. tak dapatla nak naik. kitorang tak banyak main pun sebab hujan dan kabus yang tebal gila. so, kitorang masuk dalam balik and pergi la masuk snow world. sejuk gila. memang tak lawan i-city la. -9 degree celcius. sampai ke tulang sejuk dia. kitorang main balingbaling ais. aku surrender di saat akhir. tak tahan. haha. entah pape kan. buuuuuuu sama dia. 

finally, tibala masa untuk meninggalkan tempat ni. tapi ada masalah timbul. cable car tak boleh beroperasi sebab kabus tebal. bahaya. OMG! macam mana nak balik? http://matcuoi.comlepas tanyatanya orang, kitorang naik teksi. 7 orang dalam tu termasuk la uncle driver tu. bayangkan la macam mana sesak nya. haha. sampai dekat stesen kat bawah, semua pening and bertambah pening sebab tertinggal bas kitorang yang bertolak pukul 4.00 petang. terpaksa la tunggu bas seterusnya pukul 4.30 petang. 

sampai kl sentral da pukul 6.00 peatang. lepas solat, kitorang berpecah. miza dengan tyra tunggu dekat situ. aku, fara, fik and wan tunggu bas ke seksyen 2, shah alam. punya la lama gila tunggu. bila da dapat bas, ramai orang la pulak, terpaksa la berdiri. berdiri lagi??? lama lagi??? haih!!! dugaandugaan. sampai seksyen 2, aku berpisah dengan dorang. aku naik bas ke klang lama. cuak gak sorangsorang tu. tapi aku doa banyakbanyak selamat sampai. huhu. then, aku tersalah naik bas. patutnya naik bas ke banting tapi ternaik bas ke bukit tinggi. berhenti la dekat situ. awalnya aku cadang nak pergi popular tapi da tak larat. so, tunggu mrF. rindu nak jumpa dia. hee. http://matcuoi.comlepas makan mcd kejap, kitorang pun balik. aku sampai rumah tepat jam 11.30 malam. ni first time aku balik sampai lewat camtu. takpela. yang penting aku selamat.

jom tengok gambar kitorang. ready? GOOOO!

ni time kitorang naik cable car.

gambar atas : kat lobby hotel untuk check in. grand gila kan.
gambar bawah : time kitorang dinner.

malam di genting highlands.

kami berenam di snow world. 
kalau tengok gambar sebenar, nampak la yang
mata and hidung aku merah. macam orang sakit. haha.

sorry la. aku sengaja tak upload gambar aku sendiri. aku kan pemalu orangnya. haha. #sila muntah sekarang. and sorry gak. aku terpaksa collage kan gambargambar ni untuk menjimatkan ruang. huhu. genting and cameron??? duadua best. banyak kenangan aku kat 2 tempat ni. tapi, cameron highlands tetap yang pertama aku pilih sebab kat sini la aku jumpa mrF dan telah jatuh cinta pandang pertama kat dia. #malu pulak. haha.http://matcuoi.com 


No comments: